dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Wellbeing Webinar NADI Care_Quit Smoking? Tanya Farmasi! - Ceramah Dah Banyak, Sekarang Nak Cara Real

16 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2025, telah berlangsung Wellbeing Webinar NADI Care_Quit Smoking? Tanya Farmasi! - Ceramah Dah Banyak, Sekarang Nak Cara Real. Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang Webinar ini berlangsung, peserta menonton Youtube Quit Smoking? Tanya Farmasi! - Ceramah Dah Banyak, Sekarang Nak Cara Real . Pn Sulastri Binti Samsudin Pegawai Kanan Farmasi, Pusat Racun Negara USM memberi penerangan mengenai terapi farmakologi -ubat iaitu Terapi Gantian Nikotin dan Terapi Bukan Nikotin berkaitan keberkesanan, keselamatan, kesesuaian dan kos. Seterusnya, Pn Sulastri memberi penerangan mengenai Terapi Gantian Nikotin yang mana dapat mengurangkan rasa ingin merokok, membekalkan nikotin bersih, kadar kejayaan meningkat 2 kali ganda dan boleh digunakan oleh perokok yang belum berniat berhenti untuk mengurangkan kadar merokok. Selain itu, Pn Sulastri turut menerangkan mengenai Ujian Fagerstrom untuk Ketagihan Nikotin (FTND). Antara lain, Pn Sulastri memberi penerangan mengenai Terapi tingkah laku seperti membantu perokok menyediakan pelan untuk mengelakkan kembali merokok, individu vs kumpulan dan telefon vs bersemuka vs atas talian. Akhir sekali, Pn Sulastri memberitahu jenis bantuan yang boleh didapati iaitu Klinik Berhenti Merokok, Farmasi Komuniti, Hospital dan Klinik Swasta.

Dengan adanya Webinar seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta megenai cara untuk berhenti merokok. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.